Skip to content

Halal Coaching Kilang Pembuatan Sambal

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan melawat salah seorang usahawan bimbingan Halal Coach Humaira Global – RMI Industries, antara syarikat terawal yang kami bimbing untuk pensijilan Halal. Jenama Sambal Cikgu Ana kini semakin berkembang maju 🚀. Bila sudah ada sijil Halal, lebih mudah untuk produk mereka dipasarkan ke tempat-tempat yang memerlukan pensijilan sah. InsyaAllah, selepas ini ada rezeki untuk melangkah ke tahap seterusnya iaitu pensijilan GMP pula. Menariknya, premis syarikat ini dibina atas tanah sendiri tetapi mereka tetap mematuhi syarat kelulusan lesen premis daripada pihak berkuasa tempatan. Inilah antara keperluan penting untuk melayakkan mereka memohon pensijilan Halal. Saya juga kagum dengan semangat mereka: ✅ Premis dahulu kecil, kini berkembang lebih besar. ✅ Produk pelbagai pilihan dengan packaging yang lebih menarik. ✅ Aktif menyertai event dan karnival untuk meluaskan pasaran. ✅ Bijak mengambil peluang bantuan kerajaan yang tersedia. Semua ini membuktikan bahawa usaha dan kesungguhan adalah kunci kejayaan. 💪✨ Team Halal Coachinghttp://www.humairaglobal.com#HalalCertification #MeSTI #HalalCoach #HumairaGlobal #UsahawanBerjaya