Skip to content

Halal Coaching Kilang Produk Repack Produk Pembuatan Kek

Usahawan produk repack barang bakeri berjaya mendapatkan pensijilan Halal

Halal Coaching Kilang Repack & Pembuatan Kek

Alhamdulillah, tahniah kepada usahawan produk repack barangan bakeri yang telah berjaya memperoleh pensijilan Halal di bawah bimbingan Coach Aishah Abdullah dan pasukan Halal Coach Humaira Global.

Usahawan ini menjalankan aktiviti repack bahan mentah dan bahan kering bakeri, seperti tepung, serbuk koko, gula, dan serbuk whipping cream  yang kemudiannya dijual semula kepada pelanggan mereka termasuk bakeri, kedai kek, serta pengguna individu.

Kategori Permohonan Halal

Permohonan sijil Halal bagi jenis aktiviti ini adalah di bawah kategori:
SKIM PRODUK MAKANAN (PR)

“Kilang Pemprosesan Makanan – Aktiviti Pembungkusan Semula (Repacking)”.

Dalam kategori ini, syarikat perlu memastikan setiap bahan mentah mempunyai status Halal yang sah, premis dikendalikan dengan bersih, serta mempunyai sistem kawalan dokumentasi Halal seperti:

  • Senarai bahan mentah dan pembekal yang diluluskan Halal

  • Rekod penerimaan bahan mentah dan repack

  • Rekod pembersihan dan penyelenggaraan peralatan

  • Sistem pengesanan (traceability) bagi setiap produk yang dibungkus semula

Proses Permohonan Halal

  1. Sesi awal & semakan dokumen – Kami bantu klien mengenal pasti semua dokumen yang diperlukan seperti lesen perniagaan, senarai produk, dan resit pembelian bahan mentah.

  2. Penyediaan fail Halal dan SOP repack – Termasuk carta alir proses, senarai pembekal, dan rekod harian.

  3. Lawatan premis & audit dalaman – Pasukan kami menilai susun atur ruang kerja dan kebersihan premis.

  4. Penghantaran permohonan di sistem MyeHalal JAKIM.

  5. Audit oleh pihak berkuasa Halal – Setelah semua dokumen lengkap dan premis mematuhi piawaian.

Proses ini mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 bulan bergantung kepada kelengkapan dokumen dan tahap persediaan premis.

Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik daripada pihak syarikat dan komitmen tinggi usahawan, pensijilan Halal berjaya diperoleh.

Pensijilan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan pelanggan, malah membuka peluang syarikat untuk menembusi pasaran lebih luas seperti pasaran runcit dan tender pembekalan.


Coach Aishah Abdullah
Halal Coach & Trainer
“Empowering Compliance, Building Trust.”

 

#halalconsultant #halaljakim #proseshalaljakim #consultantHalal #humairaglobal