Skip to content

Food Court di Selera Johor- Premis MARA Berjaya Lulus Pensijilan Halal Malaysia -Halal Jakim

Sesi kursus latihan kesedaran Halal kepada semua pengusaha premis
Coach Aishah membantu pengusaha Food Court Selera Johor dalam proses pensijilan Halal Malaysia (Sijil Halal JAKIM)
Sesi lawatan ke kawasan proses untuk khidmat nasihat penambahbaikan yang perlu di buat oleh pengusaha premis

 

Tahniah kepada semua usahawan di Food Court Selera Johor!

Tahniah kepada semua usahawan di Food Court Selera Johor, sebuah premis di bawah kelolaan MARA, yang kini secara rasmi telah berjaya memperoleh Pensijilan Halal Malaysia (JAKIM). Kejayaan ini membuktikan bahawa para usahawan tempatan mampu mencapai tahap piawaian Halal yang tinggi dengan bimbingan dan pemantauan yang betul.

Food Court di Selera Johor yang beroperasi di bawah program MARA kini berjaya memperoleh Pensijilan Halal Malaysia (JAKIM)

Program bimbingan Halal ini dijalankan bersama Coach Aishah Abdullah, Halal Consultant dari Humaira Global, yang membantu setiap peniaga memahami keperluan sebenar Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Melalui proses ini, setiap pengusaha di Selera Johor diberikan panduan lengkap mengenai Sistem Kawalan Halal Dalaman (Internal Halal Control System -IHCS), dokumentasi sokongan, serta penyediaan fasiliti yang memenuhi piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.

Penghargaan juga kepada pegawai-pegawai MARA Johor yang turut memainkan peranan penting dalam membantu para usahawan bermula daripada sesi awal bimbingan sehingga mereka berjaya lulus pensijilan Halal.

Team Halal Humaira Global berperanan memberikan bimbingan dokumentasi, latihan kesedaran Halal dan sesi pre-audit lapangan bagi memastikan semua usahawan bersedia sepenuhnya sebelum audit sebenar.

Seramai 17 usahawan telah terlibat dalam program ini. Bagi permohonan pensijilan Halal di food court, setiap usahawan perlu mendaftar dan memohon melalui sistem myeHalal secara individu.

Proses Pensijilan Halal Malaysia

Proses pensijilan ini dimulakan dengan lawatan premis dan audit awal, bagi menilai tahap pematuhan premis terhadap keperluan Halal . Hasil penilaian ini membantu setiap peniaga membuat penambahbaikan dari aspek penyimpanan bahan mentah, pengendalian makanan, pelabelan, serta dokumentasi bahan ramuan yang digunakan.

Selain itu, pihak pengurusan juga dibimbing dalam penyediaan dokumen seperti:

  • Manual Halal dan Halal Policy Statement

  • Senarai Ramuan dan Pembekal Disahkan

  • Carta Alir Proses Pengendalian Makanan

  • Rekod Latihan dan Audit Dalaman Halal

Pendekatan ini bukan sahaja membantu mereka mematuhi piawaian JAKIM, malah meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan sistem jaminan Halal dalam operasi harian.

Sesi susulan dijalankan untuk mengajar peserta mengisi maklumat di myeHalal dan menyediakan dokumen seperti:

  • Surat permohonan
  • Surat lantikan penyelia Halal & pekerja Muslim
  • Senarai utama bahan mentah
  • Fail mengikut format JAKIM/JAIN

Cabaran utama dalam proses ini ialah memastikan semua bahan mentah mempunyai sijil Halal — termasuk menukar kepada jenama yang diperakui Halal bagi ayam, daging, tempe, tauhu keras dan asam boi.

Walaupun pada awalnya kelihatan mencabar, akhirnya semua peserta berjaya melengkapkan dokumen dan lulus pensijilan dengan komitmen dan semangat yang tinggi.

 

Kejayaan ini membuktikan bahawa komitmen peniaga terhadap kebersihan, prosedur penyediaan makanan, dan pematuhan piawaian Halal mampu meningkatkan keyakinan pelanggan Muslim.

Tahniah kepada seluruh peniaga di Food Court Selera Johor! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia.

 

Kesan Kejayaan Pensijilan Halal

Kejayaan memperoleh Pensijilan Halal Malaysia memberi kesan positif yang besar kepada pengusaha di Food Court Selera Johor.
Antaranya:

  • Meningkatkan keyakinan pelanggan Muslim

  • Membuka peluang penyertaan dalam program MARA & tender kerajaan

  • Menambah nilai jenama dan reputasi perniagaan

  • Memastikan produk dan perkhidmatan mematuhi standard kebersihan & keselamatan makanan

“Pensijilan Halal bukan sekadar mendapatkan logo, tetapi satu komitmen terhadap amanah dan integriti dalam penyediaan makanan yang suci, bersih, dan selamat untuk semua pelanggan.”

Tahniah sekali lagi kepada semua peserta! 🌸

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan tempatan untuk mengambil langkah sama dalam mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia

“Maklumat lanjut tentang standard Halal boleh dirujuk di laman rasmi JAKIM (https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/) 

 

📞 Ingin Dapatkan Bimbingan Halal Untuk Perniagaan Anda?

Sekiranya anda juga berminat untuk memohon Pensijilan Halal Malaysia (JAKIM) atau ingin memahami lebih lanjut tentang keperluan GMP dan MESTI,
hubungi kami di:
📩 www.coachaishahabdullah.com
atau
📞 +6011-26329392
untuk sesi bimbingan bersama Coach Aishah Abdullah dan pasukan Halal Humaira Global.

Aishah Abdullah
Halal Coach & Trainer, Humaira Global

www.humairaglobal.com

 

#halalconsultant #bimbingmohonsijilhalal 

#halaltraining #halaljakim

Halal Gap Analysis di Kilang rPET: Panduan Pensijilan Halal untuk Industri Plastik Kitar Semula 

Halal Gap Analysis di Kilang rPET: Panduan Pensijilan Halal untuk Industri Plastik Kitar Semula 

Pengenalan  Pensijilan Halal di Malaysia kini bukan lagi tertumpu kepada industri makanan dan minuma…

Dokumen dan rekod pemprosan di kilang makanan Halal : Senarai rekod dan dokumen untuk permohonan sijil Halal

Dokumen dan rekod pemprosan di kilang makanan Halal : Senarai rekod dan dokumen untuk permohonan sijil Halal

 Sesi bimbingan kepada Eksekutif Halal berkenaan rekod pemprosesan dan dokumen yang  perlu ada bagi …

Bagaimana Nak Mohon Sijil Halal Malaysia?

Bagaimana Nak Mohon Sijil Halal Malaysia? (Panduan Lengkap Untuk Usahawan) Ramai usahawan F&B, r…

Bagaimana Nak Mohon Sijil Halal Malaysia?

How to apply Malaysian Halal certifcate form JAKIM? Panduan Lengkap Pensijilan Halal Malaysia / The …

Bimbingan Pensijilan Halal & MESTI Kilang Proses Sambal, RTE dan RTC

Bimbingan Pensijilan Halal & MESTI Kilang Proses Sambal, RTE dan RTC

Bimbingan Pensijilan Halal & MESTI: Kilang Produk Sambal di Halal Hub Serkam, Melaka Antara syar…

Persedian Permohonan Pensijilan Halal -Kilang Sejuk Beku

Persedian Permohonan Pensijilan Halal -Kilang Sejuk Beku

Lawatan ke premis serta persedian permohonan pensijilan Halal -kilang seju beku. Sebagai sebahagian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *