Skip to content

Persedian Permohonan Pensijilan Halal -Kilang Sejuk Beku

Lawatan ke premis serta persedian permohonan pensijilan Halal -kilang seju beku.

Sebagai sebahagian daripada proses bimbingan pensijilan Halal, kami menjalankan lawatan tapak (site visit) ke sebuah syarikat yang menghasilkan produk makanan sejuk beku (frozen food).
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menilai persediaan kilang dalam proses permohonan sijil Halal JAKIM dan memastikan setiap aspek operasi mematuhi keperluan Halal dan piawaian keselamatan makanan (Food Safety).


Fokus Lawatan dan Semakan Awal

Semasa sesi lawatan, pasukan Halal Coach kami meneliti beberapa perkara utama termasuk:

✅ Susun Atur Premis (Factory Layout) – memastikan aliran proses pengeluaran tersusun dan pemisahan antara bahan mentah, separuh siap, dan produk siap dilakukan dengan betul.


Prosedur Penerimaan Bahan Mentah – memastikan semua bahan datang daripada pembekal yang mempunyai sijil Halal yang sah.


Kebersihan dan Susun Atur Kawasan Pemprosesan – menilai tahap kebersihan, penyimpanan, serta rekod pembersihan peralatan dan ruang kerja.


Dokumentasi Halal & Food Safety – semakan terhadap manual Halal, rekod latihan pekerja, dan dokumen kawalan proses.


Dokumen Penting Untuk Permohonan Sijil Halal

Bagi permohonan sijil Halal untuk produk sejuk beku (frozen food), berikut ialah senarai dokumen wajib yang perlu disediakan sebelum permohonan dihantar ke pihak jabatan agama islam negeri  bahagian pengurusan Halal dan hantar permohonan atas talian melalui sistem MyeHalal :

  1. 📋 Senarai Produk dan Bahan Mentah lengkap dengan spesifikasi dan sijil Halal pembekal.

  2. 🔄 Carta Aliran Proses Pengeluaran (Process Flow Chart) untuk setiap produk.

  3. 📘 Manual Halal dan Polisi Halal syarikat. (IHCS/HAS)

  4. 🧾 Rekod Pembelian dan Inventori Bahan Mentah.

  5. 🧍‍♂️ Senarai Pembekal dan Sijil Halal Terkini.

  6. 🎓 Rekod Latihan Pekerja (kursus pengendalian makanan & kesedaran Halal).

  7. 🏗️ Gambar Susun Atur Premis (Layout & Floor Plan).

  8. 🧽 Rekod Pembersihan, Sanitasi & Kawalan Serangga.

  9. 🧑‍💼 Surat Lantikan Jawatankuasa Halal Dalaman (Internal Halal Committee) -bagi permohonan industri sederhana dan besar mengikut kategori masing-masing


Taklimat & Sesi Perbincangan Bersama Jawatankuasa Halal

Selepas sesi semakan, kami meneruskan perbincangan bersama bagi menerangkan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dibuat sebelum permohonan dihantar ke JAIN.
Sesi ini turut merangkumi penerangan tentang tanggungjawab Penyelia Halal, kawalan dokumen, dan pelaksanaan Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) Internal Halal Control System Manual.


Komitmen Terhadap Pematuhan Halal

Sebagai Halal Coach & Trainer, saya amat berbangga melihat syarikat-syarikat  mengambil langkah proaktif dalam memastikan produk mereka bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi juga diyakini Halal.
Pematuhan Halal bukan sekadar syarat sijil  ia mencerminkan nilai integriti, kebersihan, dan keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut.

Kami di Humaira Global komited untuk membantu lebih banyak pengeluar dan usahawan F&B mencapai pensijilan Halal dengan lebih mudah dan tersusun.


🌐 Ingin Mulakan Permohonan Sijil Halal Anda?

Kami sedia membantu anda dari peringkat awal hingga lulus pensijilan.
📞 Hubungi kami di www.humairaglobal.com

 atau
📩 Email: consultant@humairaglobal.com


Oleh :
Aishah Abdullah
Halal Coach & Trainer | Founder, Humaira Global

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *