Skip to content

Bimbingan Pensijilan Halal & MESTI Kilang Proses Sambal, RTE dan RTC

Bimbingan Pensijilan Halal & MESTI: Kilang Produk Sambal di Halal Hub Serkam, Melaka

Antara syarikat yang telah berjaya dibimbing oleh Coach Aishah dan team Halal Humaira Global untuk memperoleh Pensijilan Halal JAKIM dan Pensijilan MESTI KKM ialah sebuah pengilang produk sambal yang beroperasi di Halal Hub Serkam, Melaka. Bagi syarikat ini, kategori permohonan yang digunakan ialah Skim Produk Makanan (Food Product Scheme) di bawah Pensijilan Halal Malaysia.

Langkah Awal: Lawatan Premis dan Penilaian Awal

Sebagai sebahagian daripada proses bimbingan pensijilan Halal (Halal Consultation) dan pensijilan MESTI KKM, Coach Aishah dan team akan memulakan fasa pertama dengan lawatan ke kilang. Dalam sesi lawatan ini, Coach Aishah Abdullah bersama pasukan Halal akan memberikan nasihat teknikal dan praktikal berkaitan susun atur premis, fasiliti, dan aliran proses pengeluaran agar ia memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia dan MESTI KKM.

Keperluan Asas Fasiliti Yang Perlu Dipatuhi

Antara perkara penting yang dinilai semasa audit awal fasiliti termasuk:
 • Susun atur peralatan tersusun dan tidak menghalang aliran kerja.
 • Lantai tidak licin, tidak berlubang dan mudah dibersihkan.
 • Dinding tidak bersawang, tidak berkulat, cat tidak mengelupas, dan tiada bukaan.
 • Siling bersih, bebas kulat dan tiada bukaan di bahagian atas.
 • Rekod kawalan perosak (Pest Control Record) disimpan dan dikemas kini sekurang-kurangnya sebulan sekali oleh vendor berdaftar.
 • Rekod pemprosesan dan kebolehkesanan (Manufacturing & Traceability Record) dikemaskini bagi setiap batch produk.
 • Rekod pembersihan (Cleaning Checklist) disediakan dan disahkan oleh penyelia.

Keperluan Pekerja Dalam Proses Pensijilan Halal

Bagi pekerja yang terlibat dalam operasi pengeluaran, mereka juga perlu mematuhi keperluan berikut:

1️⃣ Kursus Pengendali Makanan (Food Handler Course) – Wajib dihadiri sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
 2️⃣ Kursus Kesedaran Halal (Halal Awareness Course) – Perlu dihadiri setiap tiga (3) tahun sekali.
 3️⃣ Suntikan Anti-Typhoid – Wajib bagi semua pekerja makanan dan perlu diperbaharui setiap 3 tahun.

Bimbingan Dari Humaira Global

Setiap klien yang dibimbing oleh Humaira Global akan menerima:
 • Senarai Semak (Checklist) Pra-Audit Halal & MESTI
 • Template Rekod & Borang Operasi (pembersihan, pemprosesan, traceability)
 • Sesi Nasihat Susun Atur Premis (Layout Consultation)
 • Latihan Kesedaran Halal untuk Pekerja

Dengan pendekatan menyeluruh ini, banyak syarikat industri mikro kecil telah berjaya memperoleh Pensijilan Halal dan MESTI dalam tempoh 3–6 bulan dengan bimbingan profesional daripada Coach Aishah Abdullah dan team Humaira Global.

 

Proses pensijilan Halal bukan sekadar memenuhi syarat dokumentasi, tetapi juga membentuk budaya kerja bersih, patuh, dan berintegriti. Humaira Global sentiasa komited membantu usahawan F&B untuk mematuhi standard Halal Malaysia dan MESTI KKM secara sistematik dan mudah difahami.

Ingin Dapatkan Bimbingan Pensijilan Halal & MESTI?

Sertai program bimbingan bersama kami hari ini.
 Hubungi Humaira Global untuk sesi konsultasi awal percuma.

Di Humaira Global juga ada mengajurkan kursus latihan pengendali makanan diiktiraf KKM dan kursus latihan kesedaran Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

🌐 Visit: www.humairaglobal.com  |  📧 consultant@humairaglobal.com  |  📞 +601126329392 (Coach Aishah)

 Empowering Compliance. Building Trust. — Humaira Global

#halalconsultant #halalconsultation #humairaglobal #coachaishahabdullah #halaljakim #caranakapplysijilhalaljakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *