Skip to content

Bagaimana Nak Mohon Sijil Halal Malaysia?

How to apply Malaysian Halal certifcate form JAKIM?

Panduan Lengkap Pensijilan Halal Malaysia / The Ultimate Guide to Halal Certification in Malaysia 

Dapatkan panduan langkah demi langkah bagaimana syarikat anda boleh memohon, bersedia, dan lulus pensijilan Halal Malaysia dengan bimbingan dari Coach Halal Humaira Global. 

Learn the essential steps, documentation, and audit requirements to obtain Malaysia’s Halal certification with the guidance of Humaira Global – your trusted Halal and food safety coach. 

Apa Itu Pensijilan Halal Malaysia / What is Halal Certification in Malaysia 

Pensijilan Halal Malaysia ialah pengiktirafan rasmi yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri kepada produk, premis atau perkhidmatan yang mematuhi piawaian Halal yang ditetapkan. 

Halal Certification in Malaysia is an official recognition issued by JAKIM or State Islamic Departments to confirm that a product, premise, or service complies with established Halal standards. 

Siapa Yang Perlu Memohon / Who Should Apply 

  • Kilang makanan dan minuman
  • Restoran dan katering
  • Pembekal bahan mentah
  • Pusat penyembelihan

    Food and beverage manufacturers, restaurants, catering services, raw material suppliers, and slaughtering centers are encouraged to apply for Halal certification. 

Terdapat 9 skim permohonan pensijilan Halal Malaysia : 

  1. Skim Produk Makanan dan Minuman
  2. Skim Kosmetik
  3. Skim Farmaseutikal
  4. Skim Premis
  5. Skim Barang Gunaan
  6. Skim Rumah Sembelihan
  7. Skim OEM
  8. Skim Pengangkutan, Penggudangan, Peruncitan
  9. Skim Peranti Perubatan

Langkah-Langkah Permohonan Sijil Halal / Steps to Apply for Halal Certification 

  1. Daftar di sistem Mye-Halal Halal Malaysia (https://myehalal.halal.gov.my/domestik/v1/signin_domestik.php) 
    2. Lengkapkan semua dokumen wajib seperti salinan SSM, lesen premis, invois bahan mentah (rujuk senarai dokumen yang diperlukan di dalam sistem myeHalal syarikat)
    3. Sediakan pelan lantai dan Manual Halal. 
    4. Audit tapak dijalankan oleh pihak berkuasa setelah semua dokumen lengkap, bayaran fi permohonan telah  dibuat
    5. Keputusan pensijilan akan dikeluarkan selepas mendapat kelulusan daripada panel pengesahan pensijilan Halal Malaysia

    Register on the Halal Malaysia portal, prepare all required documents, ensure site readiness, and undergo audit. The certification is issued after full compliance review. 

Dokumen Wajib / Required Documents 

  • Sijil PendaftaranSyarikat (SSM)
  • Lesen Premis
  • Senarai Pembekal & Bahan Mentah
  • Manual Halal
  • Pelan Lantai Premis 

Pekerja wajib ada 3 perkara ini : 

  • Sijil Kursus Latihan Kesedaran Halal (setiap tiga tahun) 
  • Sijil Kursus Latihan Pengendali Makanan  
  • Suntikan Anti-thypoid  

Untuk pendaftaran kursus ini, boleh terus hubungi pihak Humaira Global. Sijil  kurus yang dikeluarkan oleh syarikat Humaira Global diiktiraf oleh JAKIM dan KKM.

Boleh rujuk senarai dokumen yang diperlukan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (Malaysia Halal Management System-MHMS) . 

Rujukan ini boleh diperolehi di sistem portal JAKIM (https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/) 

Kos & Tempoh Proses / Cost & Duration 

Kos permohonan adalah antara RM200-RM1,000 bergantung kepada kategori dan jenis perniagaan. Proses biasanya mengambil masa 23 hari waktu bekerja atau anggaran 1-2 bulan bergantung pada kelengkapan dokumen dan keputusan audit. 

Ini adalah kos bayaran fi permohonan Halal kepada pihak JAKIM/JAIN. Bayaran fi ini perlu dibuat terus kepada pihak JAKIM/JAIN.

Kos bagi bimbingan pensijilan Halal pula bergantung kepada jenis industri dan bayaran kos servis bimbingan dibuat terus kepada pihak konsultan yang berdaftar. Penggunaan khidmat bimbingan konsultan adalah tidak wajib, bergantung kepada pihak syarikat itu. Jika inginkan proses nya lebih mudah, dan ingin dibimbing secara rapat, maka pengambilan khidmat konsultan berdaftar adalah digalakan. 

The cost ranges from RM200 to RM1,000 depending on the category and business type. The process usually takes 1-2 months based on document completeness and audit outcomes. 

Kesilapan Biasa / Common Mistakes to Avoid 

  • Dokumentidak lengkap
  • Premis tidak mengikut pelan
  • Tiada pelan kawalan bahan mentah

    Common mistakes include incomplete documents, non-compliance with layout plans, and lack of raw material control plans. 

Dapatkan Bantuan Daripada Coach Halal / Get Help from a Halal Coach 

Humaira Global telah membantu ramai syarikat F&B dan pengilang produk berjaya mendapatkan sijil Halal Malaysia melalui latihan dan coaching yang sistematik. 
Hubungi kami untuk sesi konsultasi Halal anda. 

Humaira Global has helped  F&B companies and products manufacturing successfully obtain Halal certification through structured training and coaching. Contact us today for your personalized Halal consultation. 

Jika nada inginkan maklumat berkenaan senarai dokumen lengkap yang perlu disediakan, boleh terus email kepada team Halal Humaira Global . Email kepada consultant@humairaglobal.com

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQ) 

Q1: Berapa lama proses mendapatkan sijil Halal Malaysia? 
A1: Sekitar 23 hari atau 1-2 bulan bergantung pada kelengkapan dokumen dan hasil audit. 

Q2: Adakah syarikat kecil boleh mohon? 
A2: Ya, syarikat mikro dan SME juga layak dengan bimbingan yang betul. 

Q3: Adakah perlu ada GMP atau HACCP? 
A3: Tidak wajib, tetapi disarankan untuk memperkukuh sistem Halal Assurance. 

🌐 Visit: www.humairaglobal.com  |  📧 Email: consultant@humairaglobal.com  |  📞 WhatsApp: +6011-26329392 

Empowering Compliance. Building Trust. — Humaira Global. 

#halalconsultant #halalapplication #halaljakim #caranakmohonhalaljakim  #consultanthalalmalaysia #humairaglobal #kursuskesedaranhalal #kursuspengendalimakanan #pensijilanMESTIKKM #halalcoachaishah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *