Bagaimana Nak Mohon Sijil Halal Malaysia? (Panduan Lengkap Untuk Usahawan)
Ramai usahawan F&B, restoran, pembekal bahan mentah dan pengilang bertanya bagaimana sebenarnya cara untuk mohon Sijil Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM. Proses permohonan Halal bukan sekadar menghantar borang, tetapi melibatkan sistem, dokumentasi, latihan dan audit yang perlu dipatuhi.
Artikel ini disediakan sebagai panduan untuk membantu usahawan memahami langkah sebenar dalam permohonan sijil Halal JAKIM, supaya proses menjadi lebih teratur dan mudah diikuti.
1. Fahami Tujuan Memohon Sijil Halal Malaysia
Sijil Halal Malaysia bukan hanya simbol pada produk makanan. Ia merupakan pengiktirafan rasmi bahawa:
Semua bahan mentah adalah Halal
Proses pengendalian makanan memenuhi syarak
Fasiliti, pekerja dan aliran proses bersih & teratur
Rekod dan dokumentasi mengikut Halal Assurance System (HAS)/ Internal Halal Control System IHCS
Dengan sijil Halal yang sah, usahawan boleh:
✔ membuka peluang ke pasar raya besar
✔ masuk tender kerajaan
✔ meningkatkan keyakinan pengguna
✔ mengembangkan pasaran eksport
2. Syarat Asas Sebelum Mohon
Sebelum memohon, pastikan premis memenuhi 3 syarat asas ini:
a) Premis sudah berdaftar (SSM / Lesen Majlis/Lesen PBT -Pihak Berkuasa Tempatan)
Nama syarikat mesti sama dengan nama dalam permohonan Halal yang di daftarkan dalam sistem mye-Halal
b) Produk / menu sudah stabil & konsisten
Setiap pembelian bahan mentah mempunyai invoice dan pastikan boleh di akses sewaktu pengauditan Halal di buat.
Nama menu yang disenaraikan dalam buku menu sama seperti nama menu/produk yang berdaftar dalam sistem permohonan Halal MyeHalal sistem.
Pastikan setiap produk mempunyai rekod pengilangan (batch manufacturing record -BMR)
c) Premis dalam keadaan bersih & tersusun
Fasiliti mesti memenuhi keperluan Halal, kebersihan dan keselamatan makanan.
Sediakan rekod pembersihan premis, rekod kawalan makhluk perosak, rekod kalibrasi penimbang.
3. Sediakan Senarai Dokumen Wajib
Setiap permohonan mesti disertakan dengan dokumen berikut:
Dokumen Syarikat
SSM
Lesen pihak berkuasa tempatan PBT
Dokumen Halal
Senarai bahan mentah
Senarai pembekal (mesti pembekal Halal)
Carta alir proses
Rekod pembersihan peralatan & mesin
Rekod kalibrasi penimbang
Manual Halal & polisi Halal
Rekod latihan Halal dan latihan pengendali makanan (boleh hubungi Humaira Global Management)
Dokumen inilah yang sering membuat usahawan keliru — sebab itu ramai perlukan Halal Coach untuk memastikan semuanya ikut format JAKIM.
Untuk dapatkan senarai semak permohonan pensijilan Halal, boleh terus email kepada consultant@humairaglobal.com
4. Daftar Akaun di Sistem MYeHALAL
Permohonan sijil Halal dilakukan secara online di:
https://myehalal.halal.gov.my/domestik/v1/signin_domestik.php
Langkahnya:
Daftar akaun syarikat
Masukkan maklumat premis
Masukkan senarai produk/menu
Upload semua dokumen sokongan
Hantar permohonan untuk semakan
- Pastikan fail dokumen (hardcopy) di hantar kepada pihak JAKIM/JAIN dalam tempoh 5 hari selepas hantar permohonan online sistem MyeHalal
5. Semakan dan Audit Halal JAKIM
Selepas permohonan dihantar:
a) Semakan Dokumen
Pegawai JAKIM/JAIN akan menyemak semua dokumen untuk memastikan semuanya lengkap.
b) Audit Lokasi
Pegawai JAKIM/JAIN akan datang ke premis dan membuat pemeriksaan:
bahan mentah
stor & penyimpanan
aliran proses
kebersihan
rekod dokumentasi
amalan pekerja
Jika ada isu, JAKIM akan keluarkan NC (Non-Conformance) untuk diperbetulkan.
6. Kelulusan Sijil Halal
Jika semuanya mematuhi piawaian, usahawan akan menerima:
✔ Sijil Halal Malaysia (JAKIM) -tempoh sah sijil Halal bergantung kepada skim permohonan Halal
✔ Logo Halal Malaysia boleh dipamerkan pada produk / premis
7. Berapa Lama Proses Permohonan Halal?
Secara purata:
Penyediaan dokumen oleh pihak syarkat : 2–12 minggu
Semakan JAKIM/JAIN: 1-2 minggu
Audit: bergantung kawasan
Kelulusan: 1–2 bulan
Dengan bimbingan Halal Coach, biasanya proses lebih cepat kerana semua dokumen disediakan mengikut standard.
8. Kesimpulan: Permohonan Halal Lebih Mudah Bila Ada Bimbingan
Ramai usahawan gagal bukan sebab tidak layak tetapi kerana:
❌ tidak tahu dokumen apa diperlukan
❌ tidak ada aliran proses yang teratur
❌ tidak faham keperluan JAKIM
❌ tidak sediakan bukti rekod
Dengan bimbingan Halal Coach, semua proses lebih tersusun dan syarikat lebih cepat lulus.
9. Perlukan Bimbingan Untuk Dapatkan Sijil Halal Malaysia?
Jika anda ingin mohon Sijil Halal Malaysia dengan lebih mudah, cepat dan teratur,
boleh hubungi:
👉 Coach Aishah Abdullah – Halal Coach & Trainer
Website: www.coachaishahabdullah.com
Kami bantu dari A–Z:
✔ dokumentasi
✔ latihan staf
✔ semakan fasiliti
✔ penyediaan manual Halal
✔ proses permohonan MYeHALAL
✔ bersedia untuk audit JAKIM