Skip to content

Dokumen dan rekod pemprosan di kilang makanan Halal : Senarai rekod dan dokumen untuk permohonan sijil Halal

 Sesi bimbingan kepada Eksekutif Halal berkenaan rekod pemprosesan dan dokumen yang 

perlu ada bagi kilang makanan. 

Saya dan team Halal Humaira Global mengadakan sesi bimbingan kepada Eksekutif Halal. Beliau baru sahaja di dilantik sebagai eksekutif Halal dan bertanggungjawab untuk memastikan segala rekod dan dokumen perlu ada di kawasan pemprosesan dan perlu di gunakan dengan baik. 

Panduan lengkap tentang rekod dan dokumen Halal kilang makanan yang wajib disediakan untuk permohonan sijil Halal JAKIM termasuk rekod bahan mentah, rekod pemprosesan, rekod pembersihan.

Untuk mendapatkan Sijil Halal Malaysia, setiap kilang makanan diwajibkan menyediakan rekod dan dokumen Halal yang lengkap sebagai bukti pematuhan. Rekod dan dokumen Halal kilang makanan ini penting bagi tujuan audit, verifikasi, traceability dan penyelesaian sebarang isu berkaitan keselamatan makanan. Dalam artikel ini, saya kongsikan senarai penuh rekod wajib yang perlu disediakan oleh mana-mana kilang makanan sebelum menghantar permohonan Sijil Halal JAKIM.

Rekod & Dokumen Wajib Ada Untuk Mohon Sijil Halal (Halal Certification) 

Kenapa penting? 
Semua rekod ini digunakan untuk traceabilityaudit trailverification, dan penyelesaian customer complaint. Tanpa rekod, adalah mustahil untuk menentukan root cause apabila berlaku isu Halal atau keselamatan makanan. 

  1. RekodPenerimaan Bahan Mentah (Receiving Record) 

Rekod perlu menunjukkan: 

  • Tarikh bahan diterima 
  • Nama supplier 
  • Nombor batch 
  • Status Halal (Sijil Halal sah / bahan kritikal) 
  • Suhu (jika barang sejuk beku) 
  • Pemisahan bahan Halal vs non-Halal (jika ada risiko) 

Tujuan: 
Mengawal bahan sebelum masuk ke proses. 

  1. RekodPengeluaran — BMR (Batch Manufacturing Record) 

Rekod ini menunjukkan: 

  • Tarikh dan masa pengeluaran 
  • Nama produk & nombor batch 
  • Senarai bahan mentah yang digunakan 
  • Nama operator & supervisor 
  • Proses langkah demi langkah 
  • Kawalan Risiko Halal 
  • Yield / output 

Tujuan: 
Membuktikan produk dibuat mengikut prosedur Halal & food safety yang telah diluluskan. 

  1. RekodPemeriksaan Premis (Housekeeping & Facility Inspection) 

Termasuk pemeriksaan: 

  • Kebersihan lantai, dinding & ceiling 
  • Keadaan peralatan (mesin, tools, utensils) 
  • Status peralatan (bersih, digunakan, atau perlu diservis) 
  • Kerosakan fasiliti 
  • Kawalan serangga 
  • Keadaan stor bahan mentah & stor produk siap 
  • Suhu bilik sejuk 

Tujuan: 
Memastikan premis sentiasa dalam keadaan bersih, terurus dan patuh piawaian Halal & GMP.  

  1. Rekod Pengedaran Produk (Distribution / Delivery Record) 

Mesti ada maklumat: 

  • Tarikh penghantaran 
  • Nama pelanggan / destinasi 
  • Kuantiti & nombor batch 
  • Maklumat pemandu / lori 
  • Bukti penghantaran (DO – delivery order) 

Tujuan: 
Membolehkan produk dikesan semula (trace back) jika berlaku aduan atau isu Halal. 

  1. Rekod Latihan Halal & Food Safety (Training Record) 

Meliputi: 

  • Nama peserta 
  • Tarikh & masa 
  • Topik latihan 
  • Nama trainer 
  • Bukti (gambar, sijil hadir, modul) 

Tujuan: 
Membuktikan pekerja faham prosedur Halal & MESTI 

  1. Rekod Pembersihan & Sanitasi (Cleaning Record) 

Termasuk: 

  • Jadual pembersihan 
  • Kawasan pembersihan 
  • Bahan kimia yang digunakan (food grade) 
  • Verification oleh supervisor 
  1. RekodKawalan Serangga (Pest Control Record) 

Dari syarikat pest control: 

  • Jadual lawatan 
  • Laporan servis 
  • Lokasi perangkap 
  • Bukti tiada kontaminasi 
  1. Rekod Pemeliharaan Peralatan (Maintenance Record) 

Termasuk: 

  • Preventive maintenance 
  • Calibration record 
  • Service peralatan kritikal 
  1. RekodAduan Pelanggan (Customer Complaint Record) 

Perlu ada: 

  • Maklumat aduan 
  • Tarikh terima 
  • Produk & batch terlibat 
  • Tindakan pembetulan (CAPA) 
  • Root cause analysis 
  1. RekodHACCP / GMP / MESTI (Jika applicable) 

Seperti: 

  • Monitoring CCP 
  • Verification dan validation 
  • Internal audit 
  • Management review 

🟦 Kenapa semua rekod ini penting? 

Jika berlaku isu seperti: 

  • Produk tercemar 
  • Label tersalah 
  • Aduan pelanggan 
  • Perubahan rasa / warna / bau 
  • Isu Halal 

Auditor akan tanya “Tunjukkan rekod.” 

✔ Dari rekod, kita dapat trace balik: 

  • siapa operator, 
  • bahan apa digunakan, 
  • supplier mana, 
  • mesin mana digunakan, 
  • dihantar ke mana, 
  • apa root cause sebenar. 

Tanpa rekod → tiada traceability → risiko gagal auditnon-compliance, dan kemungkinan tangguh / batal permohonan Halal. 

Sepanjang pengalaman saya dalam usaha untuk membimbing usahawan, tidak di nafikan ada kilang atau syarikat yang masih mempunyai dokumen dan rekod yang tidak lengkap. Jadi saya dan team Halal akan bantu usahwan untuk menyediakan rekod dan borang pemprosesan pengikut kesesuaian pemprosesan produk mereka.  Jika usahawa mikro atau kecil, rekod dan dokumen tidak la terlalu kompleks jika di bandingkan dengan industri yang lebih besar. Ini kerana bagi memudahkan industri mikro dan kecil ini menyesuaikan diri dengan penggunaan rekod dan borang. 

Pada awalnya agak mencabar untuk mereka biasakan penggunaan rekod dan borang ini, tapi lama kelamaan apabila sudah biasa, maka sudah tidak menjadi masalah buat mereka. 

Buat anda yang ingin kami bantu untuk penyediaan dokumen yang perlu, boleh terus hubungi kami ya!

 

-Aishah Abdullah-

Halal Coach & Trainer

Website : http://www.humairaglobal.com 

email : consultant@humairaglobal.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *