
Pengenalan
Pensijilan Halal di Malaysia kini bukan lagi tertumpu kepada industri makanan dan minuman semata-mata. Industri bukan makanan (nonfood) seperti plastik, pembungkusan dan bahan kitar semula semakin diberi perhatian, terutamanya apabila produk tersebut digunakan dalam rantaian bekalan makanan dan barangan pengguna.
Baru-baru ini, saya bersama pasukan Halal Humaira Global telah menjalankan lawatan ke sebuah kilang kitar semula plastik (rPET) bagi tujuan Halal Gap Analysis Audit. Lawatan ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan Halal semasa kilang serta mengenal pasti jurang pematuhan sebelum sebarang permohonan Pensijilan Halal Malaysia dibuat.
Artikel ini bertujuan untuk perkongsian ilmu berdasarkan pengalaman saya kepada pemain industri mengenai:
- Konsep Halal Gap Analysis
- Status pensijilan Halal untuk rPET di Malaysia
- Keperluan Halal bagi industri kitar semula plastik

Apakah Itu Halal Gap Analysis?
Halal Gap Analysis ialah satu penilaian awal yang dijalankan untuk:
- Menilai tahap pematuhan semasa syarikat terhadap Standard Halal Malaysia
- Mengenal pasti jurang (gap) antara amalan sedia ada dengan keperluan pensijilan Halal
- Menentukan risiko kritikal Halal dalam proses, premis dan rantaian bekalan
- Menyediakan pelan penambahbaikan sebelum audit pensijilan sebenar
Ia berfungsi sebagai langkah persediaan strategik supaya syarikat tidak memohon sijil Halal dalam keadaan belum bersedia.

Fokus Penilaian Halal Gap Analysis di Kilang rPET
Berdasarkan lawatan ke kilang, antara elemen kritikal yang dinilai ialah:
- KawalanBahan Mentah (Raw Material Control)
- Sumber botol PET terpakai dan bale plastik
- Risiko pencemaran daripada bahan tidak halal atau najis
- Sistem pengasingan (sorting & segregation)
- Kebersihan kawasan penerimaan bahan mentah
Traceability bahan mentah merupakan antara elemen paling kritikal dalam industri recycle.
- SusunAtur Premis & Aliran Proses (Layout & Process Flow)
Penilaian melibatkan:
- Aliran proses dari bahan mentah → washing → crushing → pelletizing → storage
- Pemisahan kawasan kotor dan kawasan bersih
- Pencegahan risiko cross-contamination
Aliran proses yang jelas memudahkan pematuhan Halal dan audit oleh pihak berkuasa.
- KawalanKebersihan & Pencegahan Kontaminasi
- Housekeeping premis
- Kawalan sisa, habuk dan bahan asing
- Pengurusan bahan reject dan off-spec
- Keadaan pallet, big bag dan bekas simpanan
Walaupun produk bukan makanan, prinsip kebersihan Halal tetap wajib dipatuhi.
- Dokumentasi& Sistem Halal
Antara dokumen penting yang dinilai:
- Polisi Halal syarikat
- SOP penerimaan bahan mentah
- SOP pembersihan
- Rekod pengeluaran dan batch
- Rekod traceability dan pengedaran
Tanpa dokumentasi yang lengkap, pematuhan Halal tidak dapat dibuktikan.
- Pengurusan Halal & Kesedaran Pekerja
- Pelantikan Eksekutif Halal (mengikut keperluan kategori permohonan)
- Latihan kesedaran Halal kepada pekerja
- Kefahaman pekerja terhadap risiko Halal dalam proses recycle
Halal bukan sekadar sijil, tetapi sistem dan budaya kerja.

Status Pensijilan Halal untuk rPET di Malaysia
Kedudukan Rasmi JAKIM
Buat masa ini (sehingga Disember 2025)
- JAKIM belum menawarkan pensijilan Halal untuk produk plastik pembungkusan siap di bawah Skim Barangan Gunaan
Namun begitu:
- Produk yang dikategorikan sebagai intermediate product
- Digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk pembungkusan, seperti recycle resin (rPET)
- Boleh memohon Pensijilan Halal Malaysia, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan
Ini adalah selaras dengan:
Klausa 18 (5)(a), Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) (Domestik) 2020
JAKIM juga telah menyatakan bahawa pensijilan Halal boleh dipertimbangkan untuk rPET, tertakluk kepada pematuhan keperluan Halal yang ditetapkan.
Pandangan Hukum: Rujukan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Bagi penggunaan recycle resin (rPET) untuk pembungkusan makanan, pandangan hukum turut dirujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Status Pembasuhan Botol PET Terpakai
- Pembasuhan botol PET tidak wajib melalui proses sertu
- Hukum asal botol PET adalah suci
- Selagi tiada bukti jelas menunjukkan keperluan sertu, ia tidak dianggap perlu disertu
Proses Sertu Sebagai Langkah Berjaga-jaga
- Jika pihak industri ingin melaksanakan sertu
- Ia tidak dilarang
- Dan dibenarkan sebagai langkah berjaga-jaga (precautionary measure)
Ini memberi fleksibiliti kepada industri untuk mengurus risiko dan persepsi pasaran.
Pandangan hukum terhadap sesuatu bahan secara umumnya berlandaskan prinsip-prinsip syarak yang menekankan aspek kebersihan (tayyib) dan keselamatan.
- Asas Hukum: Prinsip asas dalam Islam menyatakan bahawa semua perkara adalah dibenarkan (mubah) melainkan terdapat dalil yang jelas melarangnya.
- Kebersihan dan Keselamatan: Isu utama bagi pembungkusan makanan, termasuk plastik kitar semula, adalah berkaitan keselamatan dan kebersihan. Bahan yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan berbahaya, beracun, atau najis yang boleh memindahkan bahan tersebut kepada makanan dan membahayakan kesihatan manusia.
- Peraturan & Piawaian: Status halal di Malaysia dikawal ketat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan melibatkan pematuhan kepada Piawaian Malaysia (MS) untuk pembungkusan halal, yang merangkumi aspek kebersihan dan proses pembuatan. Penggunaan rPET perlu mematuhi garis panduan keselamatan makanan tempatan dan antarabangsa yang memastikan proses kitar semula dapat menghapuskan bahan cemar dengan berkesan.
Secara ringkasnya, kebenaran penggunaan rPET untuk pembungkusan makanan bergantung kepada sama ada proses kitar semula tersebut memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan dan halal, agar makanan kekal halal dan tayyib (bersih, suci, dan selamat).
Kesimpulan
Halal untuk industri rPET bukan sekadar persoalan “boleh atau tidak boleh”. Ia melibatkan:
- Kefahaman kategori produk
- Rujukan kepada MPPHM (Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia)
- Pandangan hukum yang sahih
- Kawalan proses, kebersihan dan dokumentasi
Halal Gap Analysis adalah langkah paling penting untuk memastikan pematuhan dibuat secara berilmu, berfakta dan patuh piawaian, bukan berdasarkan andaian semata-mata.
.
Perlukan Khidmat Halal Gap Analysis?
Jika syarikat anda:
- Terlibat dalam industri plastik atau kitar semula
- Menghasilkan rPET atau bahan intermediate
- Merancang untuk memohon Pensijilan Halal Malaysia
Halal Gap Analysis adalah langkah pertama yang paling selamat dan strategik.
Hubungi Halal Humaira Global untuk bimbingan Halal yang praktikal dan berasaskan realiti industri. (Boleh email ke : aishahabdullahmngt@gmail.com)
#pensijilanHalalMalaysia #consultantHalal #recycleproduk #halaljakim #coachaishahabdullah