Skip to content

Bagaimana Nak Mohon Sijil Halal Malaysia?

Bagaimana Nak Mohon Sijil Halal Malaysia? (Panduan Lengkap Untuk Usahawan)

Ramai usahawan F&B, restoran, pembekal bahan mentah dan pengilang bertanya bagaimana sebenarnya cara untuk mohon Sijil Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM. Proses permohonan Halal bukan sekadar menghantar borang, tetapi melibatkan sistem, dokumentasi, latihan dan audit yang perlu dipatuhi.

Artikel ini disediakan sebagai panduan  untuk membantu usahawan memahami langkah sebenar dalam permohonan sijil Halal JAKIM, supaya proses menjadi lebih teratur dan mudah diikuti.

1. Fahami Tujuan Memohon Sijil Halal Malaysia

Sijil Halal Malaysia bukan hanya simbol pada produk makanan. Ia merupakan pengiktirafan rasmi bahawa:

  • Semua bahan mentah adalah Halal

  • Proses pengendalian makanan memenuhi syarak

  • Fasiliti, pekerja dan aliran proses bersih & teratur

  • Rekod dan dokumentasi mengikut Halal Assurance System (HAS)/ Internal Halal Control System IHCS

Dengan sijil Halal yang sah, usahawan boleh:
✔ membuka peluang ke pasar raya besar
✔ masuk tender kerajaan
✔ meningkatkan keyakinan pengguna
✔ mengembangkan pasaran eksport

2. Syarat Asas Sebelum Mohon

Sebelum memohon, pastikan premis memenuhi 3 syarat asas ini:

a) Premis sudah berdaftar (SSM / Lesen Majlis/Lesen PBT -Pihak Berkuasa Tempatan)

Nama syarikat mesti sama dengan nama dalam permohonan Halal yang di daftarkan dalam sistem mye-Halal

b) Produk / menu sudah stabil & konsisten

Setiap pembelian bahan mentah mempunyai invoice dan pastikan boleh di akses sewaktu pengauditan Halal di buat.

Nama menu yang disenaraikan dalam buku menu sama seperti nama menu/produk yang berdaftar dalam sistem permohonan Halal MyeHalal sistem. 

Pastikan setiap produk mempunyai rekod pengilangan (batch manufacturing record -BMR) 

c) Premis dalam keadaan bersih & tersusun

Fasiliti mesti memenuhi keperluan Halal, kebersihan dan keselamatan makanan.

Sediakan rekod pembersihan premis, rekod kawalan makhluk perosak, rekod kalibrasi penimbang.

3. Sediakan Senarai Dokumen Wajib

Setiap permohonan mesti disertakan dengan dokumen berikut:

Dokumen Syarikat

  • SSM

  • Lesen pihak berkuasa tempatan PBT

Dokumen Halal

  • Senarai bahan mentah

  • Senarai pembekal (mesti pembekal Halal)

  • Carta alir proses

  • Rekod pembersihan peralatan & mesin

  • Rekod kalibrasi penimbang

  • Manual Halal & polisi Halal

  • Rekod latihan Halal dan latihan pengendali makanan (boleh hubungi Humaira Global Management)

Dokumen inilah yang sering membuat usahawan keliru — sebab itu ramai perlukan Halal Coach untuk memastikan semuanya ikut format JAKIM.

Untuk dapatkan senarai semak permohonan pensijilan Halal, boleh terus email kepada consultant@humairaglobal.com 

4. Daftar Akaun di Sistem MYeHALAL

Permohonan sijil Halal dilakukan secara online di:

https://myehalal.halal.gov.my/domestik/v1/signin_domestik.php

Langkahnya:

  1. Daftar akaun syarikat

  2. Masukkan maklumat premis

  3. Masukkan senarai produk/menu

  4. Upload semua dokumen sokongan

  5. Hantar permohonan untuk semakan

  6. Pastikan fail dokumen (hardcopy) di hantar kepada pihak JAKIM/JAIN  dalam tempoh 5 hari selepas hantar permohonan online sistem MyeHalal 

5. Semakan dan Audit Halal JAKIM

Selepas permohonan dihantar:

a) Semakan Dokumen

Pegawai JAKIM/JAIN akan menyemak semua dokumen untuk memastikan semuanya lengkap.

b) Audit Lokasi

Pegawai JAKIM/JAIN akan datang ke premis dan membuat pemeriksaan:

  • bahan mentah

  • stor & penyimpanan

  • aliran proses

  • kebersihan

  • rekod dokumentasi

  • amalan pekerja

Jika ada isu, JAKIM akan keluarkan NC (Non-Conformance) untuk diperbetulkan.

6. Kelulusan Sijil Halal

Jika semuanya mematuhi piawaian, usahawan akan menerima:

Sijil Halal Malaysia (JAKIM) -tempoh sah sijil Halal bergantung kepada skim permohonan Halal
Logo Halal Malaysia boleh dipamerkan pada produk / premis

7. Berapa Lama Proses Permohonan Halal?

Secara purata:

  • Penyediaan dokumen oleh pihak syarkat : 2–12 minggu

  • Semakan JAKIM/JAIN: 1-2 minggu

  • Audit: bergantung kawasan

  • Kelulusan: 1–2 bulan

Dengan bimbingan Halal Coach, biasanya proses lebih cepat kerana semua dokumen disediakan mengikut standard.

8. Kesimpulan: Permohonan Halal Lebih Mudah Bila Ada Bimbingan

Ramai usahawan gagal bukan sebab tidak layak tetapi kerana:

❌ tidak tahu dokumen apa diperlukan
❌ tidak ada aliran proses yang teratur
❌ tidak faham keperluan JAKIM
❌ tidak sediakan bukti rekod

Dengan bimbingan Halal Coach, semua proses lebih tersusun dan syarikat lebih cepat lulus.

9. Perlukan Bimbingan Untuk Dapatkan Sijil Halal Malaysia?

Jika anda ingin mohon Sijil Halal Malaysia dengan lebih mudah, cepat dan teratur,
boleh hubungi:

👉 Coach Aishah Abdullah – Halal Coach & Trainer
Website: www.coachaishahabdullah.com

Kami bantu dari A–Z:
✔ dokumentasi
✔ latihan staf
✔ semakan fasiliti
✔ penyediaan manual Halal
✔ proses permohonan MYeHALAL
✔ bersedia untuk audit JAKIM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *